click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator Glitter Text GeneratorGlitter Text Generator

kerana masam manisnya manGGis, jadi B.L.O.G lah tentangnya =)

Friday 4 May 2012

Adam Hawa Wa Jannah

ADAM, HAWA WA JANNAH

Adamku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum,
Aku pengikutmu kerana kau adalah ketua,
Jika kau benar, maka benarlah aku,

Wahai Adam,
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu,
Akalmu sembilan, nafsumu satu,
Akalku satu, nafsu ku beribu,
Oleh itu, Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa,
Sering tergelincir ditolak nafsu,

Adamku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu,
Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku,
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersama mu,
Agar nanti diberkati Ya Rabbi,
Kenalkan aku pada majlis-majlis agama,
Ajarilah aku Yassin dan Al-Quran,
Kau ajarlah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat penuh barakah,
Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu,
Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar,

Adamku,
Ajarilah aku agar menjadi isterimu yang solehah,
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah,
Selimutlah aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah,
Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh denganmu setiap waktu,

Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku,
Bantulah aku agar akalku tidak buntu.
Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung,
Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah,
Tarbiarlah aku agar kelak aku calon serikandi solehah,
Bantulah aku dalm menyelam sifat mahmudah.

Moga aku dapat menjadi srikandi Aisyah Humairah,
Setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah,
Sezuhud dan sepatuh RABIATUL ADAWIYAH,
Sekuat iman Sumayyah,
Seikhlas dan semurni hati Halimatus Saadiah,
Segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah,
Bermandi darah membawa sang Khalifah…

Seindah hiasan adalah wanita solehah..Moga aku hiasan terindah hidupmu…..
p/s: Untuk Mar, Qis x pandai bermadah…namun, apa yang Qis harapkan agar Mar dapat menjadi imam yang dapat membimbing Qis di dunia dan di akhirat..Qis ingin sekali menjadi bidadarimu di Syurga nanti..:)



2 comments:

  1. aminnnn... moga2 beroleh begitu.. =)

    ReplyDelete
  2. Советую! проститутки Киева 300

    Индивидуально. Без подруг. Симпатичная очаровательная брюнетка составит компанию достойному мужчине и поможет реализовать все ваши желания. Дорогие мужчины На звонки отвечаю сама. Приглашаю к себе домой только солидных и порядочных мужчин сугубо от 35 лет! на смс не отвечаю! ЗВОН Всё, что полезно хорошим людям, бывает особенно ненавистно дурным.

    ReplyDelete