click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator Glitter Text GeneratorGlitter Text Generator

kasihcintamarqis

kerana masam manisnya manGGis, jadi B.L.O.G lah tentangnya =)

Friday 4 May 2012

Adam Hawa Wa Jannah

ADAM, HAWA WA JANNAH

Adamku,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum,
Aku pengikutmu kerana kau adalah ketua,
Jika kau benar, maka benarlah aku,

Wahai Adam,
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu,
Akalmu sembilan, nafsumu satu,
Akalku satu, nafsu ku beribu,
Oleh itu, Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa,
Sering tergelincir ditolak nafsu,

Adamku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu,
Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku,
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersama mu,
Agar nanti diberkati Ya Rabbi,
Kenalkan aku pada majlis-majlis agama,
Ajarilah aku Yassin dan Al-Quran,
Kau ajarlah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat penuh barakah,
Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu,
Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar,

Adamku,
Ajarilah aku agar menjadi isterimu yang solehah,
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah,
Selimutlah aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah,
Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh denganmu setiap waktu,

Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku,
Bantulah aku agar akalku tidak buntu.
Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung,
Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah,
Tarbiarlah aku agar kelak aku calon serikandi solehah,
Bantulah aku dalm menyelam sifat mahmudah.

Moga aku dapat menjadi srikandi Aisyah Humairah,
Setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah,
Sezuhud dan sepatuh RABIATUL ADAWIYAH,
Sekuat iman Sumayyah,
Seikhlas dan semurni hati Halimatus Saadiah,
Segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah,
Bermandi darah membawa sang Khalifah…

Seindah hiasan adalah wanita solehah..Moga aku hiasan terindah hidupmu…..
p/s: Untuk Mar, Qis x pandai bermadah…namun, apa yang Qis harapkan agar Mar dapat menjadi imam yang dapat membimbing Qis di dunia dan di akhirat..Qis ingin sekali menjadi bidadarimu di Syurga nanti..:)



Saturday 10 March 2012

Manusia vs CINTA


hurm. baikla actually mar tak ada ape nak coret untuk hari ni. cume nak share 1 qoute nie.

MANUSIA melahirkan CINTA

CINTA melahirkan MANUSIA

"tidakkah pelik jika ada pasangan hangat bercinta..... akan tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya...." (hasrizal abdul jamil)

dan last sekali yang ni.....


comel tak?? geram je tengok baby ni..ha3.. mar nak baby macam ni la TETAPI dengan cara yang elok ikut syariat..(makna kata kena nikah la kan.. hik3x).. mar tanam azam nak bercinta sampai syurga. amin insyaAllah.. semoga dipermudahkan..

(p/s: mood nak kahwin awal.. ha3)

Thursday 8 March 2012

Itu SEDARE kiter


pada suatu petang, si ibu membawa anaknya yang berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.

dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.

anak: ibu2x.. kenape ibu bunyikan hon?? siapa orang tu??
ibu: itu SEDARE kiter. jadi kenalah hormat..

dalam meneruskan perjalanan mereka terserempak dengan seekor lembu yang ingin melintas jalan, lantas si ibu membunyikan hon..

anak: ibu2x.. itu pun SEDARE kiter juga ker??
ibu: ................... (-_-'')

(p/s): kalo mar jadi si ibu mar pun tak tau nak respon ape..ha3..

Saturday 3 March 2012

Saya ada BURUNG

yeay! dapat juga on9. disebabkan 1 minggu yang sibuk sebab pindah umah. maka memang tak sempatlakan nak update bloggy marqis nie. tapi takpe nie dah dapat on9 balik nie syukur alhamdulillah. mar takde entry baru tapi just nak share something pasal burung. geli hati juga tapi penuh pengajaran. tapi nie bukan hasil nukilan sendiri just pinjam nak share kat blog nie. bunyinyer macam nie.

dahulu pada tahun 1979

anak: burung ape?

bapak: burung murai

anak: burung ape?

bapak: burung murai?

anak:burung ape?

bapak: burung murai

anak: burung ape?

PELEMPANGGGGG!!! (si anak kena tampar)

anak: huaaaa!! huaaa!! huaaa!! (sambil menangis)
bapak: esok kalau tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! SUDAH!! jangan permainkan orang tua-tua.. TAK BAIK!!

...........................................................................................

sekarang pada tahun 2007

bapak: burung ape?

anak: burung murai

bapak: aa yer burung murai

anak: eh!! kenapa abah tak ulang-ulang tanya macam dalam iklan tuh? masih power juga telinga abah nie yer..

bapak: YER!! masa dulu kalau arwah datuk kamu panggil abah suruh pergi kedai ke ape, sekali panggil je abah dah menyahut. abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam kamu selalu buat masa kecik-kecik. barangkali itu lah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah nie Allah taala kasi clear sampai sekarang!

(p/s: moral of the story.. hurm..hurm..tettt...)



Thursday 23 February 2012

Anak KURANG AJAR!!


seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yang baru berusia sepuluh tahun bermain di ruang tengah. si ibu mendengar anaknya berkata begini..

"para penumpang.. encik-encik dan puan-puan keparat sekalian.. dipersilakan naik dan duduk dikerusi masing.."

si ibu terkejut lantas bergegas mendatangi anaknya.

"nak ooo nak.. kan ibu dah kata jangan gunakan perkataan kotor seperti itu.. sekarang kamu ibu hukum.. berdiri diam di dapur selama 2 jam..!!"

dua jam kemudian hukuman pun berakhir. si anak terus saja meneruskan permainannya. si ibu di dapur kembali mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu.

"encik-encik dan puan-puan yang dihormati.. sebentar lagi pesawat kami akan terbang.. silakan naik dan duduk di tempat masing-masing.. selamat menikmati penerbangan kepada encik-encik dan puan-puan yang terhormat.."

ibu yang di dapur tersenyum puas. tetapi kemudian di dengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya.

"bagi yang ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM.. sila protes kepada wanita jahanam yang kini berada di dapur!!"

Tuesday 21 February 2012

Travelog si BEN


assalamualaikum. hurm hampir 5 hari mar tak on9. ini disebabkan mar balik selatan semenanjung m'sia iaitu johor untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu. kebetulan dah dapat baucer buku 1malaysia memang kasi guna terus.

lantaran itu cewah, mar gune tajuk 'TRAVELOG SI BEN' nie sebab mar balik johor dengan kawan dari sabahan bernama ben. destinasi pertama ke melaka sebab si ben tak pernah sampai lagi di bumi melaka.

melihat riak wajah mar tahu yang si ben nie teruja bila menjejakkan kaki di melaka. habis 1 bandar melaka kami pusing.

then, lewat petang baru lah kami bertolak ke johor. sesampai je di rumah mar, malam harinya mar minta izin mak nak p 'bazaar karat'. actually bazaar nie same cam jonker walk di melaka tuh, cuma barang-barang yang dijual agak berlainan sedikit ataupun 'rare item' terdapat di situ. kalo nak tahu ape yang RARE sikit nie mai la bazaar JB. (hik3x promote tempat sendiri nampak?? =P)

keesokan hari pula kami memulakan journey kami cewah, dengan melewati lokasi 'kuala rengit'. korang mesti tak tau kan tempat nie. tak pe mar cerita sedikit. actually takde ape pun kat kuala rengit nie TETAPI yang menjadi perhatian terdapat disini ialah semua barang jualan ialah "SECOND HAND". maksudnye semua barang yang dijual adalah terpakai.

TETAPI masih dalam keadaan baik. serius sebab tempat nie memang terkenal hinggakan ada pelawat dari utara susah2 datang semata2 nak beli barang2 di kuala rengit nie. siap bawa lori sendiri (senang nak [punggah=bawa] katanyer..). kepada sesiapa yang nak beli barang kelengkapan rumah @ barang isi rumah seperti barangan eletrik atau perabot sila lah berkunjung di sini.

HARGA pasti boleh runding. jika bernasib baik memang boleh dapat harga murah.
(p/s: serius mar pasang angan2 jika mar da beli sebiji rumah nanti memang mar nak shopping kelengkapan rumah kat kuala rengit).

perjalanan diteruskan. kali nie p kedai buku. kedai buku pertama di BADAN bookstore. masuk jer kedai buku nie hati mar  da happy sebab banyak pilihan buku berkonsep keagamaan dijual. yang tak best tuh ramainyer orang nak beli buku yela masing2 dapat BAUCER kan.

yang kasihan si ben lah. melahu sahaja sebab si ben nie beragama christian. maka dia takde banyak pilihan buku nak di beli. at last di follow je mar pusing2 kat BADAN tuh. disebabkan kesian dan tak punya banyak masa mar decide p kedai buku lain.(terpakse la p shoppin' complex lain..T_T).

kali nie kedai buku POPULAR & MPH menjadi pilihan. jika maka banyak lah pilihan buku untuk si ben nie. pilih punya pilih mar perasan yang si ben choose buku berkonsep keagamaan juga tapi agama dia lah. si ben kan christian..hu3x.

mar angkat 4 buah buku. 1 mar hadiahkan untuk qis. mudah2an pilihan buku mar untuk qis bermanfaat insyaAllah.

selesai sudah coretan travelog si ben nie. sekian. =) 

Thursday 16 February 2012

Selamat datang NUFFnang



Alhamdulillah. Selamat sudah mar meng-edit sedikit sebanyak blog nie. Manakan tidak dah 1 minggu juga lah mar spend mase untuk blog nie. Banyak tutorial yang ikut dan follow. Tima kasih diucapkan pada blogger2 yang sudi berkongsi ilmu blogging. Moga Allah membalas jasa kamu semua dengan sebaik2 imbalan.=)


Mar pun masih kurang lagi ilmu dalam dunia blogging nie. Tengok blog yang mar edit nie rase lagi semangat pula nak berBELOG. Banyak blog yang mar bace dan dapat inspirasi daripadanya.


Mar juga bukan penulis yang hebat. Kalo setakat tulis entry pun masih ntah ape2 je isi nyer. Tapi tak pe ‘praktice makes perfect’, tak ke gitu??


Teringat pula satu says omputih bunyinnyer cam gini,


“yesterDAY is a HISTORY…toDAY is a GIFT..but tomorrow is a MISTERY”


Master OOGWAY si kura-kura yang cakap macam tu, kat dalam citer kungfu panda. Maklumlah mar nie suke tengok citer animation. Citer horror dan scary spooky nie memang mar tak suke. Lagi2 citer hantu tak pun citer yang bunuh2 seksa2. 


Disebabkan hari ini , tika ini adalah anugerah maka mar akan menghargai baki hari yang ada. Setidak2 pun cuba menghargai. Sebab hari esok kan misteri. Kita pun tak tau ape akan jadi kan.


Lagi pun dalam agama pun disarankan yang hari ini mestilah lebih baik dari semalam. Buat satu perkara walaupun sikit tapi biarlah berterusan. Daripada buat sekali gus banyak, pastu hari kemudiannya langsung tak buat dah. Huh?


Yup MARQIS boleh. insyaALLAH, mar dah pesan kat qis macam ni juga. Alhamdulillah, semoga BELOG marqis boleh terus bernyawa dengan tulisan nukilan coretan akal pena-nya.

p/s: mar coret2 nie pun sambil chattin' dengan qis.. ngee~~