ADAM, HAWA WA
JANNAH
Adamku,
Kau
sebenarnya imam dan aku adalah makmum,
Aku
pengikutmu kerana kau adalah ketua,
Jika
kau benar, maka benarlah aku,
Wahai
Adam,
Kau
punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu,
Akalmu
sembilan, nafsumu satu,
Akalku
satu, nafsu ku beribu,
Oleh
itu, Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa,
Sering
tergelincir ditolak nafsu,
Adamku,
Aku
suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu,
Akan
ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku,
Lebih
aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersama mu,
Agar
nanti diberkati Ya Rabbi,
Kenalkan
aku pada majlis-majlis agama,
Ajarilah
aku Yassin dan Al-Quran,
Kau
ajarlah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat penuh barakah,
Khabarkan
padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu,
Bimbinglah
aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar,
Adamku,
Ajarilah
aku agar menjadi isterimu yang solehah,
Didiklah
aku supaya menjadi permata di kaca lembah,
Selimutlah
aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah,
Ingatkan
aku supaya hormat, tunduk dan patuh denganmu setiap waktu,
Tolonglah
aku Adam agar aku tidak beku,
Bantulah
aku agar akalku tidak buntu.
Selamatkanlah
aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung,
Pimpinlah
aku menuju Nur Al-Jannah,
Tarbiarlah
aku agar kelak aku calon serikandi solehah,
Bantulah
aku dalm menyelam sifat mahmudah.
Moga
aku dapat menjadi srikandi Aisyah Humairah,
Setulus
hati dan kasih laksana Siti Khadijah,
Sezuhud
dan sepatuh RABIATUL
ADAWIYAH,
Sekuat
iman Sumayyah,
Seikhlas
dan semurni hati Halimatus Saadiah,
Segagah
dan seteguh Nailah al-Farashiyah,
Bermandi
darah membawa sang Khalifah…
Seindah hiasan adalah wanita solehah..Moga aku hiasan terindah
hidupmu…..
p/s: Untuk Mar, Qis x pandai bermadah…namun, apa
yang Qis harapkan agar Mar dapat menjadi imam yang dapat membimbing Qis di
dunia dan di akhirat..Qis ingin sekali menjadi bidadarimu di Syurga nanti..:)