click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator Glitter Text GeneratorGlitter Text Generator

kerana masam manisnya manGGis, jadi B.L.O.G lah tentangnya =)

Thursday, 23 February 2012

Anak KURANG AJAR!!


seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yang baru berusia sepuluh tahun bermain di ruang tengah. si ibu mendengar anaknya berkata begini..

"para penumpang.. encik-encik dan puan-puan keparat sekalian.. dipersilakan naik dan duduk dikerusi masing.."

si ibu terkejut lantas bergegas mendatangi anaknya.

"nak ooo nak.. kan ibu dah kata jangan gunakan perkataan kotor seperti itu.. sekarang kamu ibu hukum.. berdiri diam di dapur selama 2 jam..!!"

dua jam kemudian hukuman pun berakhir. si anak terus saja meneruskan permainannya. si ibu di dapur kembali mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu.

"encik-encik dan puan-puan yang dihormati.. sebentar lagi pesawat kami akan terbang.. silakan naik dan duduk di tempat masing-masing.. selamat menikmati penerbangan kepada encik-encik dan puan-puan yang terhormat.."

ibu yang di dapur tersenyum puas. tetapi kemudian di dengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya.

"bagi yang ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM.. sila protes kepada wanita jahanam yang kini berada di dapur!!"

Tuesday, 21 February 2012

Travelog si BEN


assalamualaikum. hurm hampir 5 hari mar tak on9. ini disebabkan mar balik selatan semenanjung m'sia iaitu johor untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu. kebetulan dah dapat baucer buku 1malaysia memang kasi guna terus.

lantaran itu cewah, mar gune tajuk 'TRAVELOG SI BEN' nie sebab mar balik johor dengan kawan dari sabahan bernama ben. destinasi pertama ke melaka sebab si ben tak pernah sampai lagi di bumi melaka.

melihat riak wajah mar tahu yang si ben nie teruja bila menjejakkan kaki di melaka. habis 1 bandar melaka kami pusing.

then, lewat petang baru lah kami bertolak ke johor. sesampai je di rumah mar, malam harinya mar minta izin mak nak p 'bazaar karat'. actually bazaar nie same cam jonker walk di melaka tuh, cuma barang-barang yang dijual agak berlainan sedikit ataupun 'rare item' terdapat di situ. kalo nak tahu ape yang RARE sikit nie mai la bazaar JB. (hik3x promote tempat sendiri nampak?? =P)

keesokan hari pula kami memulakan journey kami cewah, dengan melewati lokasi 'kuala rengit'. korang mesti tak tau kan tempat nie. tak pe mar cerita sedikit. actually takde ape pun kat kuala rengit nie TETAPI yang menjadi perhatian terdapat disini ialah semua barang jualan ialah "SECOND HAND". maksudnye semua barang yang dijual adalah terpakai.

TETAPI masih dalam keadaan baik. serius sebab tempat nie memang terkenal hinggakan ada pelawat dari utara susah2 datang semata2 nak beli barang2 di kuala rengit nie. siap bawa lori sendiri (senang nak [punggah=bawa] katanyer..). kepada sesiapa yang nak beli barang kelengkapan rumah @ barang isi rumah seperti barangan eletrik atau perabot sila lah berkunjung di sini.

HARGA pasti boleh runding. jika bernasib baik memang boleh dapat harga murah.
(p/s: serius mar pasang angan2 jika mar da beli sebiji rumah nanti memang mar nak shopping kelengkapan rumah kat kuala rengit).

perjalanan diteruskan. kali nie p kedai buku. kedai buku pertama di BADAN bookstore. masuk jer kedai buku nie hati mar  da happy sebab banyak pilihan buku berkonsep keagamaan dijual. yang tak best tuh ramainyer orang nak beli buku yela masing2 dapat BAUCER kan.

yang kasihan si ben lah. melahu sahaja sebab si ben nie beragama christian. maka dia takde banyak pilihan buku nak di beli. at last di follow je mar pusing2 kat BADAN tuh. disebabkan kesian dan tak punya banyak masa mar decide p kedai buku lain.(terpakse la p shoppin' complex lain..T_T).

kali nie kedai buku POPULAR & MPH menjadi pilihan. jika maka banyak lah pilihan buku untuk si ben nie. pilih punya pilih mar perasan yang si ben choose buku berkonsep keagamaan juga tapi agama dia lah. si ben kan christian..hu3x.

mar angkat 4 buah buku. 1 mar hadiahkan untuk qis. mudah2an pilihan buku mar untuk qis bermanfaat insyaAllah.

selesai sudah coretan travelog si ben nie. sekian. =) 

Thursday, 16 February 2012

Selamat datang NUFFnang



Alhamdulillah. Selamat sudah mar meng-edit sedikit sebanyak blog nie. Manakan tidak dah 1 minggu juga lah mar spend mase untuk blog nie. Banyak tutorial yang ikut dan follow. Tima kasih diucapkan pada blogger2 yang sudi berkongsi ilmu blogging. Moga Allah membalas jasa kamu semua dengan sebaik2 imbalan.=)


Mar pun masih kurang lagi ilmu dalam dunia blogging nie. Tengok blog yang mar edit nie rase lagi semangat pula nak berBELOG. Banyak blog yang mar bace dan dapat inspirasi daripadanya.


Mar juga bukan penulis yang hebat. Kalo setakat tulis entry pun masih ntah ape2 je isi nyer. Tapi tak pe ‘praktice makes perfect’, tak ke gitu??


Teringat pula satu says omputih bunyinnyer cam gini,


“yesterDAY is a HISTORY…toDAY is a GIFT..but tomorrow is a MISTERY”


Master OOGWAY si kura-kura yang cakap macam tu, kat dalam citer kungfu panda. Maklumlah mar nie suke tengok citer animation. Citer horror dan scary spooky nie memang mar tak suke. Lagi2 citer hantu tak pun citer yang bunuh2 seksa2. 


Disebabkan hari ini , tika ini adalah anugerah maka mar akan menghargai baki hari yang ada. Setidak2 pun cuba menghargai. Sebab hari esok kan misteri. Kita pun tak tau ape akan jadi kan.


Lagi pun dalam agama pun disarankan yang hari ini mestilah lebih baik dari semalam. Buat satu perkara walaupun sikit tapi biarlah berterusan. Daripada buat sekali gus banyak, pastu hari kemudiannya langsung tak buat dah. Huh?


Yup MARQIS boleh. insyaALLAH, mar dah pesan kat qis macam ni juga. Alhamdulillah, semoga BELOG marqis boleh terus bernyawa dengan tulisan nukilan coretan akal pena-nya.

p/s: mar coret2 nie pun sambil chattin' dengan qis.. ngee~~

Wednesday, 15 February 2012

Penampar FREE!


dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang keranan dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi.

ketika lif sampai dibawah dan pintu ternuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon.

sambil berjalan keluar dia berkata, "jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung ak, nah rasakan!!"

Saadon tercenngang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya, "sumpah yang... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah..."

Ita: "ya, saya percaya.."

Saadon: "terima kasih kerana percayakan abang. tak pasal-pasal dapat penampar free. tapi.... macam mana sayang percaya yang abang tak buat macam tu??"

Ita: "sebab saya yang raba punggung wanita tu!!"

p/s: moral of the story kepada lelaki yang bergelar suami kat luar sana, jangan lah suka sangat bila tengok wanita seksi. ngee~~

Tuesday, 14 February 2012

Wanita dan GULA-GULA


seorang lelaki british datang kepada sheikh dan bertanya.

british: "mengapa tidak dibenarkan dalam Islam bagi wanita untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki?"

sheikh: " bolehkah anda berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?"

british: "sudah tentu tidak, hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth"

sheikh: "wanita kami adalah PERMAISURI dan permaisuri tidak berjabat tangan dengan lelaki asing (stranger)"

kemudian lelaki british tu bertanya lagi,

british: "kenapa perempuan anda menutup badan dan rambut mereka?"

sheikh tersenyum dan teringat yang dia ada 2 gula-gula. lantas sheikh membuka gula-gula yang pertama dan yang kedua tidak dibuka.

lalu sheikh pun melempar kedua-dua gula-gula tadi di atas lantai yang berdebu dan bertanya kembali pada lelaki british,

sheikh: " jika saya meminta kamu untuk mengambil salah satu daripada gula-gula tadi yang mana mana satu kamu akan pilih?"

british: "mestilah gula-gula yang belum dibuka "

sheikh: "kerana itulah kami melayan dan melihat wanita2 kami"

Monday, 13 February 2012

Kahwin cara MELAYU atau cara ISLAM =)


ape yang ingin mar kongsikan adalah 1 artikel yang mar jumpe kat mukabuku nun. tetibe rase cam tertarik nak berkongsi kat marqis nie. ia berkenaan tentang perkahwinan muda mudi. ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat MELAYU sekarang. TAHNIAH buat gadis tersebut dan suaminya!!

ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan TAHUN AKHIR di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta lantas menjadikan beliau gadis paling bahagia di bumi Allah ini dengan berkahwin di usia awal.

BACALAH!

********************************************************************************

saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. masih muda bukan? suami saya berusia 23 tahun, juga masih muda. kami berdua masih belajar.

jadi mengapa kahwin??

kalau ikut kata mak ayah, "nak bagi bini makan apa? pasir?"
perjalanan cinta saya tidak mudah. sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', bersedia untuk berkahwin.

hampir 3 tahun saya ditinggalkan untuk perempuan lain.
kecewa??? sudah tentu. jujur, saya hampir bunuh diri.
saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.
pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar saya untuk berkahwin.
pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
 
ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, ketika masih tahun 1 peringkat ijazah.

suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

akhirnya, kami berkahwin. dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

simple bukan? kenapa perlu pening?

kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

dan kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM 10K ke atas). perlu tidak??

maaf perempuan, kalau terasa. saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM 10K - 20K.

saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. ini masalah kalau kita kahwin cara MELAYU, bukan cara ISLAM.

saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap pada lelaki?

suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. isteri bukan untuk dibeli tapi untuk dikasihi.

kos kahwin sekarang paling rendah pun RM 20K serba serbi.

hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

tapi cuba fikir perlu ke tidak?

baju raya kan masih ada, cantik lagi. kasut raya pun masih baru.

kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

kalau rasa mahal sangat untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di depan khalayak ramai tatkala bersanding?

fikir2kanlah sendiri...

"seganlah, nanti orang kata apa."

"ish, buat malu belajar tingi-tingi, tak dapat hantaran."

hal nie mentaliti barat. bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

tangungjawab selepas kahwin lagi penting. lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

prioritikan penggunaan duit anda. kos bersalin bukan murah.

kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM 400 - 500.
tapi di hospital swasta, minimum RM 2000. kos ada anak sangat tinggi sekarang.

pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

harga lampin pakai buang?

dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

pening!!

jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tak perlu.

saya bahagia sekarang. boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

tidak perlu risau, kami aman dan bahagia. saya dan suami masih bercinta. masih belajar mengenal sesama sendiri.

dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

saya dan suami, masih seperti pasangan baru bercinta.

saya mampu tanggung sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

buat apa menyusahkan suami.

dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan cemerlang.

saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami suami saya. saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasasenang dengan saya.

tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

dan bakal-bakal suami sekalian, hargailah isterimu. terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

rzeki Allah ada di mana-mana, jangan putus asa.

BERKAHWINLAH!!

semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"dan diantara tanda-tanda yang mmbuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum,21)

*********************************************************************************

betul tak apa yang dia kata tu??

perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

cuba fikir mana lagi penting?? fikir-fikirkan lah..

Saturday, 11 February 2012

Rasulullah amat menyayangi kita..:)

Saat hilangnya seorang manusia mulia bernama Muhammad S.A.W...

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'


'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii'


'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.....

..............................................................................................................................................

 
Petikan ini adalah daripada petikan video yang Qis tonton semasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul amat menyentuh hati Qis sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W yang selalu lalai dan alpa dengan tujuan hidup di muka bumi ini…Video ini telah membuka mata hati Qis bahawa betapa sayangnya Rasullullah kepada umatnya walaupun tidak pernah berjumpa…tetapi adakah hari ini umat Nabi Muhammad mencintainya?Qis mengingati diri Qis sendiri bahawa selama ini telah jauh daripada Sunnah-sunnah yang Nabi Tinggalkan untuk kita semua….


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..betapa besarnya pengertian sambutan Maulidur Rasul pada kita semua kerana mengingati seorang manusia mulia yang bernama Muhammad Bin Abdullah….Sehinggakan ketika saat beliau ingin dicabut nyawanya sekalipun..masih lagi tidak lekang dari bibirnya yang hamper kebiruan dengan sebutan….”Ummatku..Ummatku..Ummatku…


Ya Allah….ampunkan dosa-dosa hamba-Mu….Aminn…Aminn…Aminn..”

Friday, 10 February 2012

B.L.O.G lah tentang nya

Dah done post pun siap edit lagi sket2 kat blog marqis nie. Mar bagitau hal nie pada qis. qis suke sangat. Happy mar dibuatnye. Yela manekan tidak kalo mar tak post even 1 qis tak kan mula post. Dia nak mar juga yang post dulu. Jadi nie mungkin post ke-2 mar tak pun ke-3 sebab qis dah janji nak post something.

Pastu mar tolong carikan corset kat internet untuk qis. just carikan info dealer sahaja ok. Hik3x. hurm mar nak main game tapi boring la. Nak main game yang update sket tak boleh main sebab lappy mar nie tak support gaming yang latest. Jadi cukupla dapat main game yang biasa2 je macam game si angry bird tuh.

OK. BAIK TAK TAU NAK TULIS APE LAGI!! ~~ =(


Mar pernah terbace says yang berbunyi, “even u do not know what to write about OR u don’t have story to be told then u should BLOG about it...”

Exactly true. Might be true sebab kalo tidak tak kan la dunia BLOG boleh bertahan hidup dalam jaringan maya nie (internetlah). Lagipun mase kita sekolah dulukan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah kan kita sume belajar subject karangan and composition. Jadi takde sebab lah kalo kita cakap kita nie tak reti nak mengarang. 

Jika maka kita tulis ape sahaja yang kita cakap setiap hari pun lame2 akan menjadi berpatah2 ayat dan baris. Diam tak diam kita dah karang 1 karangan. Biar ayat simple dan ringkas tapi orang faham ape cerita yang nak disampaikan. Guna je bahasa mudah. Tak mau lah melankolik sangat sampai orang pun jadi fenin  lantas boring nak bace. Ngee (maaf sebab kadang2 mar pun camtuh juga).

Tengok ape yang qis post tuh, menarik bukan. Siap ada gambar lagi. Lucu juga gaya penulisan si qis nie. Tergelak juga mar membacanya. Mar yakin yang qis memang ada bakat dalam penulisan gaya kreatif cewah. Akhir kata esok hari mar dah nak kena balik kampus. Tak sabar bercampur takut dibuatnya. Manakan tidak, sem pembukaan ini lah sem last bagi tahun akhir mar. terima kasih ya Allah kerana memudahkan segala urusan kehidupan mar. semoga terus dipermudahkan hendaknya, amin insyaAllah =)

Monday, 6 February 2012

Terima Kasih MAR & HERBALIFE.. :)


Assalamualaikum…

Setelah seminggu lebih Qis ade blog ni..baru ni qis sempat nak update…Qis nk ucapkan terima kasih kat Mar sebab buatkan untuk Qis satu blog yg purplish n cute ni…seriously skrg Qis dah jatuh hati dgn warne purple…hihihi…Qis rase terharu jgk dan xpercaya yg Qis dah ade blog…lebih happy lg sebab blog ni bkn Qis punye sorg je tp juga untuk Mar…Boleh la Qis nk mencorat-coret kat ruangan ni..kan Mar?:)
Dah seminggu Qis minum herbalife…dan Qis dapat rase sedikit sebanyak perubahan dlm diri Qis walaupun baru permulaan…Masih byk lagi yg perlu Qis amalkan untuk dapatkan ape yg Qis impikan selama ni..Qis rasa happy sgt sebab seseorang yg begitu penting dlm hidup Qis menyokong dan selalu berikan Qis semangat untuk teruskan ape yg Qis dah mulakan ni…Terima kasih Mar…

Setiap hari Mar pasti xlupe utk Tanya Qis..’Qis dah minum shake dah hari ni?’ “banyak lagi x F1 dan F3?” Qis rasa yang diri Qis disayangi sebab Mar ambil berat pasal Qis… Qis rasa bahagia bila dengar suara Mar yang gembira dengan berita yang Qis dah hilang 2kg dalam masa 6hari Qis mengamalkan Herbalife…Terima Kasih herbalife… Okayy…sekarang ni Qis ade mission lagi 13kg sebelum bulan jun ni…hehehe…angan-angan besar betul…huhu..

Setiap hari Qis amalkan ambil herbalife dan mengurangkan pengambilan nasi. Pagi..Qis akan minum shake biasanya kalau hari kuliah QIs akan minum jam 7 pagi macam tu la…hehe..lepas tu kalau lapar Qis akan makan biskut Jacob (ni suggestion dari Mar..hehe) antara pukul 9 – 10 pagi..kalau x pun, kengkadang memandangkan rehat pukul 9.30 pagi, Qis ambil nasi tp dalam kuantiti yg sikit..(kengkadang xabes tau walaupun sikit)..lepas tu Qis xmkn la sampai petang…Minum air sebotol 1.5 liter (sebenarnya kalau ikutkan xsckup pun 2) asek rase nak pegi toilet je..rasenye toilet tu p[un dah jemu tengok muka Qis..yela mane tak nye asek Qis je yg masuk..hehehe…Mula-mulanya Qis rase susah sket nk sesuaikn diri minum herblife ni but then dah seminggu ni, Qis rase mcm dah jatuh cinta dgn herblife ni..nk tinggal pun sayang tau…. :) Lepas tu utk mlm, kengkadang Qis jamah la ape2x then minum shake balik…lepas tu Qis akn rase kenyang bsampai esok pagi…ajaib kan Herbalife ni??hihihi..

Dah seminggu ambil Herbalife ni, Qis rase susut sket kat bahagian bawah lengan ni..kengkawan pun ckp mcm tu…tp walaupun ade perubahan, Qis xbleh la leka…kene teruskan dengan lebih semangat lg ni sbb first effort yg Qis buat ni dah nampak mengeluarkn hasil…so, as Mar said, “Qis..Mar percaya Qis mesti boleh capai target yg Qis nak tu k? Mar sentiasa sokong Qis”…waaahhhh…so sweet n rasa tetibe cam semangat berkobar-kobar nih…..weee~~~.yelaa…sebab Mar yg ckp kan…hikhikhik

Ni la yg Qis minum setiap hari tu….mula-mula rase xsedap but then dah hari2x minum ni..rase sedap n lagi sedap kalau Qis minum dgn Jus buah faveret Qis…JUS HONEYDEW….~~~serius sedap sgt…nyum..nyum…

Haa...ni F1 utk shake yg Qis minum..tp utk permulaan ni Qis ambil perasa strawberry....sedapppp..hihihi..pastu Qis campur dengan ..
Yang ni pulak F3..soy protein...rase kenyang jee bile dah shake benda2x ni sume...pastu Qis minum la...kalau tambah dengan buah-buahan n ice yg diblend skali pun sdap....:)

Untuk membantu pembakaran lemak dgn cepat n naikkan metabolisme ,Qis minumla Tea Mix ni...serius xrase minum teh pun mcm kite slalu minum la...teh LIPTON ke teh BOH ke...Teh ni mcm kite minum air putih biase jee..tp dia punye ramuan tu boleh cepatkan kadar metabolisme badan...Hurrmmm..kene bersedia la sbb setiap setengah jam mesti nak gi toilet...hehehe...

Haa..ni lah dia Tea Mix yg Qis minum tuu...wee~~


Terima kasih Herbalife sebab dengan start now pack utk permulaan Qis minum ni...Qis dah rase sedikit perubahan...:)

Terima kasih Mar..Terima Kasih Herbalife..:)



InsyaAllah dengan usaha dan semangat yg ditunjukkan oleh Mar...Qis rase bersemangat sangat nk capai target Qis sampai bln jun ni...Qis rase beruntung sgt sebab ade Mar yg sentiasa menerima diri Qis seadanya dan menyokong ape yg Qis lakukan...Sesungguhnya hanya Allah sahaja yg mengetahui ape yg ada dalam hati Qis ni...Sekarang ni Qis dah ade rase keyakinan diri sket...hihihihi...:)

 Okayy..sampai sini dulu...nnt ade kelapangan masa Qis akan update lagi ye...k bye...Wassalam..:)