click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator Glitter Text GeneratorGlitter Text Generator

kerana masam manisnya manGGis, jadi B.L.O.G lah tentangnya =)

Tuesday 21 February 2012

Travelog si BEN


assalamualaikum. hurm hampir 5 hari mar tak on9. ini disebabkan mar balik selatan semenanjung m'sia iaitu johor untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu. kebetulan dah dapat baucer buku 1malaysia memang kasi guna terus.

lantaran itu cewah, mar gune tajuk 'TRAVELOG SI BEN' nie sebab mar balik johor dengan kawan dari sabahan bernama ben. destinasi pertama ke melaka sebab si ben tak pernah sampai lagi di bumi melaka.

melihat riak wajah mar tahu yang si ben nie teruja bila menjejakkan kaki di melaka. habis 1 bandar melaka kami pusing.

then, lewat petang baru lah kami bertolak ke johor. sesampai je di rumah mar, malam harinya mar minta izin mak nak p 'bazaar karat'. actually bazaar nie same cam jonker walk di melaka tuh, cuma barang-barang yang dijual agak berlainan sedikit ataupun 'rare item' terdapat di situ. kalo nak tahu ape yang RARE sikit nie mai la bazaar JB. (hik3x promote tempat sendiri nampak?? =P)

keesokan hari pula kami memulakan journey kami cewah, dengan melewati lokasi 'kuala rengit'. korang mesti tak tau kan tempat nie. tak pe mar cerita sedikit. actually takde ape pun kat kuala rengit nie TETAPI yang menjadi perhatian terdapat disini ialah semua barang jualan ialah "SECOND HAND". maksudnye semua barang yang dijual adalah terpakai.

TETAPI masih dalam keadaan baik. serius sebab tempat nie memang terkenal hinggakan ada pelawat dari utara susah2 datang semata2 nak beli barang2 di kuala rengit nie. siap bawa lori sendiri (senang nak [punggah=bawa] katanyer..). kepada sesiapa yang nak beli barang kelengkapan rumah @ barang isi rumah seperti barangan eletrik atau perabot sila lah berkunjung di sini.

HARGA pasti boleh runding. jika bernasib baik memang boleh dapat harga murah.
(p/s: serius mar pasang angan2 jika mar da beli sebiji rumah nanti memang mar nak shopping kelengkapan rumah kat kuala rengit).

perjalanan diteruskan. kali nie p kedai buku. kedai buku pertama di BADAN bookstore. masuk jer kedai buku nie hati mar  da happy sebab banyak pilihan buku berkonsep keagamaan dijual. yang tak best tuh ramainyer orang nak beli buku yela masing2 dapat BAUCER kan.

yang kasihan si ben lah. melahu sahaja sebab si ben nie beragama christian. maka dia takde banyak pilihan buku nak di beli. at last di follow je mar pusing2 kat BADAN tuh. disebabkan kesian dan tak punya banyak masa mar decide p kedai buku lain.(terpakse la p shoppin' complex lain..T_T).

kali nie kedai buku POPULAR & MPH menjadi pilihan. jika maka banyak lah pilihan buku untuk si ben nie. pilih punya pilih mar perasan yang si ben choose buku berkonsep keagamaan juga tapi agama dia lah. si ben kan christian..hu3x.

mar angkat 4 buah buku. 1 mar hadiahkan untuk qis. mudah2an pilihan buku mar untuk qis bermanfaat insyaAllah.

selesai sudah coretan travelog si ben nie. sekian. =) 

2 comments: